14 Juta Kampit Beras Tempatan Hilang, KP Kawal Selia Beras Tidak Boleh Terus Membisu

14 Juta Kampit Beras Tempatan Hilang, KP Kawal Selia Beras Tidak Boleh Terus Membisu

14 Juta Kampit Beras Tempatan Hilang, KP Kawal Selia Beras Tidak Boleh Terus Membisu

 

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menyifatkan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di negara ini masih belum selesai sehingga hari ini.

Ketua Petugas Khas Pemantauan NACCOL, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, pemeriksaan dan tinjauan ke 173 lokasi terpilih mendapati hanya tujuh lokasi menjual BPT.



Yang menghairankan, beras putih import (BPI) tidak pula berdepan kekurangan stok di pasaran.

“Isu beras belum selesai.”

“Petugas saya telah ke 173 lokasi seperti pasaraya dan daripada jumlah itu, yang hanya ada beras putih tempatan di tujuh lokasi sahaja.”

“Ini hari yang kelapan selepas keputusan mesyuarat (NACCOL) dibuat.”



“BPI tiada masalah dan sentiasa ada, dan ini menghairankan kita.”

“Padahal BPT sepatutnya 60 peratus dan BPI sebanyak 40 peratus.”

“Tetapi sampai hari kita buat tinjauan tiada BPT dan ia menghairankan.”

“Saya membuat laporan kepada perdana menteri setiap kali membuat lawatan.”



“Dan pemeriksaan menujukkan sistem penghantaran BPT telah gagal di pasaran negara ini.”

“Selepas perdana menteri membuat keputusan mesyuarat (NACCOL).”

“Dan jaminan diberikan Ketua Pengarah (LP) Kawal Selia Padi.”

“Keberadaan 140,00 tan metrik bersama 14 juta kampit sedia disedarkan, namun tak dapat diedarkan.”



“Jadi apa berlaku adalah gagalnya sistem penghantaran.”

“Maka orang yang gagal mesti bertanggungjawab dan KP Kawal Selia Padi kena jawab mana pergi 140,000 tan metrik atau 14 juta kampit.”

“Beliau sebut ada kilang, jelaskan kepada rakyat kilang mana yang akan keluarkan BPT.”

“Berapa kilang terlibat dan di mana lokasi kilang tersebut?’



“Dan BPT itu dihantar ke lokasi mana,” jelas beliau.

Bagi penulis, kehilangan 140,000 tan metrik atau 14 juta kampit BPT adalah satu isu yag sangat serius.

Sudah hampir satu minggu isu ini dibangkitkan oleh NACCOL, namun Azman Mahmood terus membisu hingga ke hari ini.

Sebagai Ketua Pengarah Kawal Selia Beras, beliau tidak boleh terus membisu.



 

14 Juta Kampit Beras Tempatan Hilang, KP Kawal Selia Beras Tidak Boleh Terus Membisu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button