Ernie Zakri Payung Lagu Ketipak Ketipung Raya Dari Aisha Retno [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Ernie Zakri Payung Lagu Ketipak Ketipung Raya Dari Aisha Retno [VIDEO]

Ernie Zakri Payung Lagu Ketipak Ketipung Raya Dari Aisha Retno [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Saya Suka Sangat Lagu Tu”-Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @secretlover.ez yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 557 ribu, tanda suka sebanyak 34 ribu dan sebanyak 144 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang menyanyikan lagu raya terbaru dari Aisha Retno dan Aziz Harun yang bertajuk Ketipak Ketipung Raya. Di dalam video tersebut juga, Ernie Zakri memberitahu bahawa beliau amat meminati lagu raya tersebut.

@secretlover.ez



Lagu Ketipak Ketipung Raya ni pon stuck dalam kepala juga🥹🫶🏻 #fypシ #erniezakri #ernienators #ketipakketipungraya #aisharetno #azizharun #hahahahahariraya #raya2024

♬ original sound – Ernie Grande❤️🔐 – Ernie Grande❤️🔐

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa, Ernie Zakri merupakan seorang penyanyi yang supportive kerana sentiasa menyokong penyanyi-penyanyi baru yang mahu berkarya.

Ernie Zakri Payung Lagu Ketipak Ketipung Raya Dari Aisha Retno [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading