Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Bawa Kereta Cetus Perhatian! [VIDEO]

“Yang Penting Gaya Tu”

Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Bawa Kereta Cetus Perhatian! [VIDEO]

Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Bawa Kereta Cetus Perhatian! [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Habislah Bumper Kereta Sebelah Tepi Tu, Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @beausiti.byrayaaronz yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 116 ribu, tanda suka sebanyak 1,618 dan sebanyak 38 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang sedang membawa kereta dan berpusing di laman rumahnya itu. Namun yang meraih perhatian adalah, apabila Afwa sering terlanggar serta riak mukanya yang bersahaja ketika membawa kereta tersebut.

@beausiti.byrayaaronz

😍❤️ #SitiNurhaliza #Afwa #AnakIbu



♬ original sound – SITI NURHALIZA MALL – SITI NURHALIZA MALL

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, gaya Afwa membawa kereta tersebut seolah-olah seperti orang dewasa dengan membawa secara laju.

Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Gelagat Anak Lelaki Siti Nurhaliza Bawa Kereta Cetus Perhatian! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gula-Gula Perikatan Nasional Kepada Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading