Bahana merompak, Fauzan bakal beraya dalam lokap

Oleh – Syeikh Baran


Bahana merompak, Fauzan bakal beraya dalam lokap
MOHD Fauzan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merompak dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap seorang wanita di sebuah kedai runcit di Kampung Belukar Jalan Hospital, Panji. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas pertuduhan merompak seorang wanita di sebuah kedai runcit Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM1,000 terhadap seorang wanita berusia 48 tahun, di sebuah kedai runcit di Kampung Belukar Jalan Hospital, Panji, di sini, pada 11.30 malam 15 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana dipercayai ibu bapa tertuduh adalah warga Thailand dan mahkamah menetapkan 18 April sebagai tarikh fakta kes serta jatuh hukuman.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading