Tiga penghuni flat maut diterbangkan angin kencang

Oleh – Syeikh Baran


Tiga penghuni flat maut diterbangkan angin kencang
KEADAAN salah satu unit di rumah pangsa berkenaan.

Tular di media sosial, tiga penghuni rumah pangsa di China, maut selepas diterbangkan angin kencang, melalui tingkap rumah mereka.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, angin kencang melanda wilayah Jiangxi di selatan China pada tengah malam 31 Mac lalu.



Seramai empat orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 lagi cedera.

Tiga daripadanya maut, yang tinggal di kediaman sama selepas tercampak keluar dari rumah pangsa didiami mereka. Tetapi, tidak jelas bagaimana mangsa keempat terbunuh.

Salah seorang yang terperangkap dalam kejadian itu adalah lelaki, bernama Xu, yang tinggal di tingkat 20.

Menurut Xu, angin membawa ibunya yang berusia 64 tahun dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun ‘keluar’ dari unit rumah pangsa, selepas ia membadai tingkap ruang tamu dan bilik tidur.



Kematian ketiga membabitkan wanita berusia 60 tahun yang tinggal di tingkat 11.

Suaminya, bernama Wan, berkata, isterinya maut selepas tercampak keluar dari tingkap bilik tidur yang pecah.

Wan terselamat kerana bilik tidurnya bebas daripada kerosakan.

Menurut Wan, dia tersedar daripada tidur selepas terkejut akibat bunyi kuat dan bergegas ke ruang tamu yang rosak teruk untuk memeriksa sama ada semuanya dalam keadaan baik.



Wan kemudian meluru masuk ke dalam bilik tidur isterinya.

“Saya memanggil namanya, tetapi tiada jawapan,” katanya.

Selepas menggeledah seluruh rumah, Wan mendapati tingkap bilik dari lantai ke siling diterbangkan sepenuhnya akibat angin kencang.

Dalam video tular, katil isterinya dilihat bersebelahan dengan tingkap tanpa kaca.



Butiran mengenai bagaimana isterinya diterbangkan keluar dari bangunan itu tidak jelas, tetapi Wan menemukan mayat wanita di bawah bangunan.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading