Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing

Oleh – Syeikh Baran


Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing
Gambar Hiasan

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memukul pemandu e-hailing sehingga menyebabkan mangsa cedera dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Datuk Keramat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an tersebut mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.



“Sebaik tiba di lokasi, suspek membuka pintu belakang kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sebelum lelaki itu terbau alkohol sangat kuat dan seperti enggan masuk ke dalam kenderaan.

“Pemandu e-hailing itu memberitahu akan membatalkan tempahan sekiranya lelaki tersebut masih enggan menaiki kenderaan sebelum tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali dan mengoyakkan bajunya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, bagi mempertahankan diri, pemandu e-hailing itu bertindak menyembur serbuk lada ke arah suspek sebelum terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan pada bahu, leher, dada dan sakit di bahagian muka serta polis kini giat mengesan suspek dipercayai berusia 30-an dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – Bernama



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading