Polis selesai siasat kes wanita tikam kekasih

Oleh – Syeikh Baran


Polis selesai siasat kes wanita tikam kekasih
Muhamad Zaki Harun ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 22/2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Binjai, hari ini. FOTO BERNAMA

Siasatan terhadap kes seorang wanita menikam kekasihnya ketika melakukan hubungan seks di Dataran Lemang, Manik Urai di Kuala Krai, pada 1 April lalu sudah selesai.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah menyerahkan hasil siasatan kepada pendakwa raya.



Menurutnya, siasatan awal yang dilakukan mendapati ketika kejadian itu berlaku hanya terdapat mangsa dan suspek sahaja.

“Siasatan yang dilakukan turut mengambil kira aspek di mana suspek wanita berkenaan cuba mempertahan dirinya pada ketika itu.

“Pada masa sama, jika dilihat dari sudut yang lain, ketika mangsa ditemui tidak ada kesan darah di lokasi kejadian dan terdapat banyak kemungkinan berikutan kes yang berlaku sudah beberapa hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 22/2024 Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Hadapan Balai Polis Binjai, Kota Bharu, di sini, hari ini.



Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dengan tiga kesan tikaman dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan seks oleh mangsa.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading