Reman 2 anggota polis BSI disambung hingga esok

Oleh – Syeikh Baran


Reman 2 anggota polis BSI disambung hingga esok
Gambar Hiasan

Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, membabitkan jumlah RM2,000, disambung sehari lagi hingga esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret R Salini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.



Dua anggota polis terbabit sebelum ini direman tiga hari bermula Sabtu dan berakhir hari ini.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar sebelum ini memaklumkan, kedua-dua anggota polis berumur 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan jam 1.50 petang, Jumaat lalu oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

Beliau berkata, satu laporan polis diterima jam 12.23 tengah malam Jumaat, berhubung seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mendakwa diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada 2 April lalu.

“Siasatan awal mendapati, semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan Imigresen, dia ditahan oleh kedua-dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.



“Kemudian, suspek memeras ugut mangsa supaya membayar wang RM2,000 bagi mengelak daripada ditangkap dan ditahan di lokap,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading