Israel tinggalkan Khan Yunis, siap sedia serang Rafah

Oleh – Syeikh Baran


Israel tinggalkan Khan Yunis, siap sedia serang Rafah
Penduduk Palestin yang berlindung di Rafah meninggalkan bandar itu untuk kembali ke Khan Younis selepas Israel menarik pasukan daratnya keluar dari selatan Semenanjung Gaza pada Ahad. Foto AFP

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sedang bersiap untuk operasi ketenteraan di titik paling selatan Gaza di Rafah.

IDF berkata, mereka menarik balik tentera dari selatan Gaza setelah berbulan-bulan pertempuran di sana, meninggalkan kota Khan Yunis, kampung halaman pemimpin Hamas Yahya Sinwar dalam keadaan hancur.



“Divisyen komando ke-98 dengan tiga brigednya telah menamatkan misi di Khan Yunis. Bahagian itu meninggalkan Semenanjung Gaza untuk pemulihan dan bersedia untuk operasi masa depan,” jelas IDF.

Radio Tentera Israel berkata, hanya ada satu briged yang tinggal di Gaza iaitu Briged Nahal yang bertanggungjawab mengawal koridor yang ditubuhkan oleh tentera Israel untuk menghalang penduduk Gaza daripada kembali ke utara wilayah itu.

Sementara itu, sumber Palestin memaklumkan tentera Israel berundur dari semua kawasan barat bandar Khan Yunis sementara pasukan itu kekal ditempatkan di timur bandar berkenaan.Menurut penyiar awam Israel, KAN, tentera rejim berundur dari Semenanjung Gaza kecuali mereka yang berada di Gaza City untuk menghalang kepulangan rakyat Palestin ke utara.

Selepas tentera meninggalkan bandar Khan Yunis yang hampir musnah, sekumpulan penduduk berjalan ke sana dan berharap dapat kembali ke rumah mereka menjelang Aidilfitri.



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini dengan angkuh berkata, Israel hanya selangkah daripada kemenangan dan berikrar tidak akan berhenti bertempur sehingga Hamas membebaskan semua tebusan. – Agensi

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading