Tukang masak tuntut cerai cedera parah ditetak suami

Oleh – Syeikh Baran


Tukang masak tuntut cerai cedera parah ditetak suami
Gambar Hiasan

Gara-gara menuntut cerai, seorang tukang masak kantin sekolah cedera parah ditetak suaminya di Ketengah Jaya di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian dahi apabila ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang oleh suaminya yang berstatus penduduk tetap (PR).



Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati pada mulanya suami isteri terbabit telah bertengkar.

“Suspek yang berusia 64 tahun dikatakan cemburu menyebabkan dia dan isterinya bertengkar.

“Sewaktu pertengkaran berlaku, wanita itu telah menuntut cerai menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu mengambil senjata tajam dipercayai parang sebelum menetak mangsa,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, mangsa yang mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter pada bahagian dahi telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.



Tambah beliau, wanita tersebut yang menerima 10 jahitan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Gerakan memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut sejak digiatkan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading