Nelayan Vietnam cuba tangkap ikan sehari sebelum raya ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Nelayan Vietnam cuba tangkap ikan sehari sebelum raya ditahan
Bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM di perairan Terengganu hari ini.

Hasrat sekumpulan nelayan Vietnam mengambil kesempatan kesibukan umat Islam menyambut Aidilfitri untuk menceroboh perairan negara gagal apabila aktiviti mereka berjaya dikesan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Bot nelayan asing itu ditahan pada kedudukan 196.3 kilometer dari perairan Kuala Terengganu.



Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, kapal peronda APMM yang sedang mengadakan rondaan telah terserempak dengan bot nelayan Vietnam terbabit.

“Pemeriksaan mendapati enam nelayan asing tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Mereka juga tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan,” katanya di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, APMM telah bertindak menyita bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan bekalan minyak diesel berkenaan.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading