Isteri kepada lelaki maut dibunuh direman seminggu

Oleh – Syeikh Baran


Isteri kepada lelaki maut dibunuh direman seminggu
Gambar Hiasan

Wanita ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya yang ditemukan dalam sebuah rumah di Tanjung Rambutan, Selasa lalu, direman seminggu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita warga Rohingya itu ditahan reman bermula semalam hingga Selasa depan.



Katanya, setakat ini tangkapan bagi kes itu hanya dibuat ke atas wanita berusia 37 tahun itu sahaja.

“Permohonan reman dibuat pada Selasa lalu dan diluluskan selama tujuh hari sehingga 16 April ini.

“Bedah siasatan yang dijalankan pada jam 2.30 petang Selasa lalu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala berikutan trauma tumpul.

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk bagi mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Semalam, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahamad, berkata polis menahan wanita itu di Tanjung Rambutan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat suaminya iaitu lelaki warga asing berusia 25 tahun yang disyaki dibunuh.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading