Suspek tembak di KLIA1 diberkas selepas 36 jam diburu

Oleh – Syeikh Baran


Suspek tembak di KLIA1 diberkas selepas 36 jam diburu
Mohd. Shuhaily ketika menunjukkan gambar suspek yang diburu oleh pihak polis berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1, awal pagi semalam.

Suspek yang cuba membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bahru, Kelantan, hari ini selepas 36 jam diburu polis.

Suspek ditahan ketika sedang mahu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di bandar tersebut kira-kira pukul 1 petang tadi.



Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan tersebut yang dilakukan di sebuah kawasan daerah itu.

“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading