Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut

Oleh – Syeikh Baran


Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut
SUSPEK kes tembak di KLIA Terminal 1 di Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu. FOTO Bernama

Suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi kelmarin akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Terdahulu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.



Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam selepas 36 jam melarikan diri dan tiba di mahkamah pada 8.30 pagi.

Suspek memakai baju lokap tiba dengan menaiki kereta polis dengan kawalan ketat anggota polis.

Semalam, suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan, di sini, sekitar jam 3 petang.



Dalam kejadian jam 1.20 pagi Ahad, beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek menggemparkan orang ramai di balai ketibaan terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun tembakan berkenaan terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit, menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Hafizul kemudian melarikan diri dari KLIA dan pihak polis segera menjalankan usaha menjejak untuk menangkapnya.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button