‘Saya perlukan 7 peguam wakili saya’

Oleh – Syeikh Baran


'Saya perlukan 7 peguam wakili saya'
Gambar Hiasan

“Saya memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya,” kata suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Bharu.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian ketika dalam perjalanan keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.



Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading