SPRM tahan dua individu disyaki terbabit rasuah di Melaka

Oleh – Syeikh Baran


SPRM tahan dua individu disyaki terbabit rasuah di Melaka
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan bekas pegawai sebuah bank bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada beberapa firma guaman di sekitar negeri ini berjumlah RM316,064.33.

“Siasatan awal SPRM mendapati suspek berusia 43 tahun masih bertugas di ibu pejabat bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor manakala seorang lagi suspek adalah bekas pegawai di cawangan bank sama di Melaka.



“Mereka disyaki melakukan kesalahan antara 2018 hingga 2022,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Majistret Nabilah Nizam membenarkan kedua-dua suspek direman empat hari hingga 21 April ini selepas dipohon pegawai penyiasat SPRM bagi melengkapkan siasatan kes.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas kedua-dua suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.



Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading