Tukang masak ugut teman wanita

Oleh – Syeikh Baran


Tukang masak ugut teman wanita
Na Chun Kian dipenjara atas kesalahan mengugut teman wanita. – Foto BH/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

Seorang tukang masak dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan mengugut mencederakan teman wanitanya yang sudah bersuami, Februari lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Na Chun Kian, 41, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes berkenaan hari ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah, sejurus pertuduhan dibacakan semua dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan, dia didapati menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 39 tahun kerana enggan memberinya wang di sebuah rumah bernombor di Taman Bachang Baru, dekat sini, pada 27 Februari lalu antara jam 9 malam hingga 11 malam.

Terdahulu, tertuduh merayu dikenakan penjara paling minimum, namun Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan mengambil kira fakta kes.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading