7 hilang selepas 2 helikopter tentera Jepun terhempas

7 hilang selepas 2 helikopter tentera Jepun terhempas

7 hilang selepas 2 helikopter tentera Jepun terhempas
KAPAL Maritim Jepun melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas. FOTO Kyodo/ Reuters

Tokyo: Seorang maut dan tujuh lagi hilang selepas dua helikopter tentera terhempas di Jepun, lapor Sputnik.

Agensi Berita Kyodo melaporkan pada Ahad, memetik Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara yang berkata, nahas itu mungkin disebabkan pelanggaran antara kedua-dua helikopter SH-60K, yang setiap satunya membawa empat kru semasa latihan antikapal selam pada waktu malam di kawasan Pulau Tori-shima di Lautan Pasifik.

Tentera menemukan apa yang dipercayai serpihan helikopter itu semasa pencarian pascanahas, sambil menambah punca kemalangan masih tidak diketahui.



Terdahulu, Kementerian Pertahanan Jepun berkata, helikopter SH-60K itu berhenti berhubung ketika berada dalam kawasan Pulau Tori-shima berhampiran Pulau Izu dan seminit kemudian, helikopter itu menghantar isyarat kecemasan.

Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi helikopter sama berhenti berhubung semasa berada di kawasan berkenaan, kata kementerian itu.

7 hilang selepas 2 helikopter tentera Jepun terhempas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading