Nestlé Malaysia tawar gaji seumur hidup bernilai RM4 juta
Nestlé Malaysia tawar gaji seumur hidup bernilai RM4 juta
Kuala Lumpur: Selepas kejayaan penganjuran pada 2020, Nestlé (Malaysia) Berhad kembali melancarkan Peraduan Gaji Seumur Hidup bernilai RM4 juta yang bakal memanfaatkan hampir 700 rakyat Malaysia, tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia), Juan Aranols berkata, kempen yang dianjurkan mulai 1 Mei hingga 30 Jun ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM4 juta untuk dimenangi sekali gus bakal mengubah kehidupan pemenang bertuah.
Katanya, peraduan ini menawarkan hadiah sagu hati, mingguan dan harian yang menarik serta dua rakyat Malaysia bertuah akan dipilih menerima hadiah utama berupa gaji seumur hidup selain peserta akhir peraduan juga akan memilih 17 badan amal yang bakal menerima sumbangan syarikat.
“Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan, menyediakan platform untuk rakyat Malaysia merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan.
“Menerusi kempen ini dan pelbagai lagi inisiatif yang kami laksanakan, kami komited untuk memacu perubahan positif bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran Edisi Terbaharu Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup 2024, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan
Pelancaran itu turut menampilkan salah seorang pemenang hadiah utama pada 2020, Amirrul Hafiz Razak, 36, dari Temerloh, Pahang.
Aranols berkata, peraduan itu dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 bermula dengan menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4 juta yang memanfaatkan 850 rakyat Malaysia pada masa sukar.
“Dua pemenang hadiah utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir bagi membawa pulang Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,000 sebulan.
“Nestlé Malaysia juga menyumbangkan RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini, masing-masing dipilih 17 peserta akhir,” katanya.
Bagi menyertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, rakyat Malaysia hanya perlu membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai RM20 dalam satu resit.
Pelanggan juga boleh menghantar lebih daripada satu resit dengan syarat memenuhi pembelian minimum ditetapkan sebagai bukti sahih untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini.
Gambar resit hendaklah dihantar menerusi Whatsapp berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan atau menerusi borang web yang boleh didapati di dearnestle.com.my/borang-peraduan-gaji-seumur-hidup-2024 dan kod QR yang dipamerkan di kebanyakan kedai.
Nestlé Malaysia tawar gaji seumur hidup bernilai RM4 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib
- Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas
- PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
-
Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersilat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.