Sembunyi dalam reban ayam ketika dikejar

Oleh – Syeikh Baran


Sembunyi dalam reban ayam ketika dikejar
Suspek ditahan selepas dikejar oleh penduduk. – Istimewa

Seorang pencuri bersembunyi di dalam reban ayam ketika dikejar penduduk selepas cuba melarikan sebuah motosikal, lapor program berita Liputan6 kelmarin. 

Kejadian berlaku di Tanah Abang, Jakarta.



Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di platform media sosial, penduduk dilihat mencari pelaku berhampiran kawasan semak-samun.

Ketua Polis Daerah Metro Tanah Abang, Asisten Komisioner Polis Aditya Simanggara Pratama berkata, suspek ketika disoal siasat mengaku berniat untuk mencuri.

“Suspek cuba menghidupkan motosikal dengan kunci miliknya, namun percubaan itu gagal. 

“Dia kemudian menuntun motosikal dan apabila penduduk menyedari perbuatannya, suspek meninggalkan kenderaan itu lalu melarikan diri,” jelas Aditya.



Aditya berkata, suspek kemudian ditemui bersembunyi di reban ayam milik penduduk setempat. –Agensi

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading