Azizulhasni lakar sejarah Olimpik

Azizulhasni lakar sejarah Olimpik

Azizulhasni lakar sejarah Olimpik
AZIZULHASNI mengesahkan kemaraan pada saingan Olimpik Paris sekali gus menjadi penampilan kelima di temasya berkenaan.

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berbangga apabila namanya sekali lagi terpahat untuk berjuang di Sukan Olimpik buat kali kelima berturut-turut sejak memulakan langkah ke pentas sukan berprestij dunia itu pada Olimpik Beijing 2008.

Bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, layak buat kali kelima adalah satu sejarah besar buat legasinya kerana menjadi atlet lelaki Malaysia pertama mencapai pencapaian tersebut.

“Alhamdulillah syukur, secara rasminya saya telah layak ke Sukan Olimpik Paris dan penampilan saya mewakili pasukan Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ini adalah untuk kali yang kelima.



“Layak buat kali kelima ini adalah satu sejarah besar buat legasi saya kerana saya adalah atlet lelaki Malaysia pertama yang mencapai pencapaian tersebut.

“Sukan lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakannya amat sukar dan rumit. Ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh




“Setiap kitaran Sukan Olimpik itu mengambil masa selama empat tahun. Bermaksud, pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah mencapai tempoh 20 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Dalam pada itu, Azizul turut menjelaskan penampilannya di Paris adalah sesuatu yang istimewa kerana dia akan ke Paris pada usia 36 tahun sambil menyifatkan misinya ke temasya itu adalah memburu kejayaan.

“Saya percaya umum tahu yang keberadaan saya di arena sukan negara bukanlah hanya untuk layak semata-mata ke temasya tersebut. Dari penampilan pertama saya di Beijing 2008 lagi, objektif saya adalah tertumpu jauh lebih daripada itu. Ianya tidak pernah luntur dan saya sentiasa bekerja keras demi merealisasikan untuk negara tercinta,” tambahnya.

Selain Azizul layak ke Paris, Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) turut memaklumkan bahawa dua lagi pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri turut sah layak ke temasya empat tahun sekali itu.



Azizulhasni lakar sejarah Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button