Piala Asia B-23: Giliran Kuwait aibkan skuad negara

Piala Asia B-23: Giliran Kuwait aibkan skuad negara

Piala Asia B-23: Giliran Kuwait aibkan skuad negara
SATU gol yang dijaringkan Haqimi Azim (kiri) belum cukup untuk memastikan kemenangan skuad B-23 negara yang tewas 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub, sebentar tadi. – FAM

KUALA LUMPUR – Hanya satu gol yang menjadi ‘buah tangan’ skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara apabila tewas 1-2 kepada Kuwait pada aksi ketiga Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Al Janoub, sebentar tadi.

Pada penyertaan kali ini juga, Malaysia hanya layak berstatus sebagai pasukan paling pemurah kerana ‘menghadiahkan’ penalti kepada lawan dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Pencapaian buruk ini juga sudah boleh memberikan ‘notis amaran’ buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang skuad B-23 negara masih belum mampu untuk merealisasikan harapan besar termasuk layak ke Sukan Olimpik.



Aksi berlangsung agak seimbang buat kedua-dua pasukan dan turut menyaksikan gol Luqman Hakin Shamsuddin pada minit ke-16 dibatalkan kerana pemain itu dikesan berada di kedudukan offside.

Selepas itu kedua-dua pasukan terus mempersiakan peluang dan minit terakhir babak pertama seakan merubah corak permainan Malaysia ekoran penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten Kuwait, Salman Mohammed di luar kotak penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh




Kekurangan seorang pemain menjadikan permainan Malaysia kucar-kacir dan turut dihimpit malang berganda apabila Kuwait dihadiahkan penalti yang mudah disempurnakan oleh Salman.

Tiada perubahan besar mampu dilakukan pemain negara dan serangan dilihat lebih berpaksikan kepada kepantasan Haqimi Azim Rosli di sebelah kanan dan kedudukan skuad negara seakan makin tertekan apabila Talal menambah jaringan buat Kuwait pada minit ke-60.

Bagaimanapun, selang tiga minit selepas itu kem negara kembali ceria apabila Haqimi membuktikan kualiti yang ada pada dirinya, berjaya merobek gawang lawan yang juga jaringan pertama Malaysia di pertandingan ini.

Minit ke-84, Kuwait juga terpaksa bermain 10 orang selepas Salman dilayangkan kad merah namun kesempatan itu gagal dimanfaatkan skuad negara untuk menambah jaringan kedua. – KOSMO! ONLINE



Piala Asia B-23: Giliran Kuwait aibkan skuad negara

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading