Perlu ada perubahan mampan

Perlu ada perubahan mampan

Perlu ada perubahan mampan
MALAYSIA mengimport 25 peratus gas untuk menjana tenaga elektrik tahun lalu.

MALAYSIA mungkin mengimport lebih banyak gas untuk tenaga elektrik jika kerajaan tidak membuat perubahan mampan yang diperlukan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, setakat tahun lalu Malaysia mengimport 25 peratus gas untuk menjana tenaga elektrik.

Katanya, keadaan ini dilihat akan berterusan di mana tahun ini negara dijangka mengimport sehingga 30 peratus gas untuk tenaga elektrik.



“Kita negara yang sudah terbiasa dengan tenaga elektrik yang murah dan dilihat tidak bermasalah.

“Sekiranya keadaan ini berterusan sudah pasti pengeluaran gas dalam negara semakin menurun dan jika tiada sebarang tindakan dibuat menjelang 2050, kita akan bergantung kepada import gas untuk menjana elektrik negara.

“Kita sudah melihat apa yang berlaku kepada negara lain yang mengimport gas dan kemudian berlakunya isu geopolitik seperti perang antara Ukraine dan Rusia,” katanya.

Beliau berkata demikian di program Intan Minister’s Conversation (IMC) 2024 di sini, di bawah anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

IMC adalah salah satu daripada Program Bicara Intan membabitkan pemimpin tinggi kerajaan dan juga perkhidmatan awam yang membincangkan perkara berimpak tinggi berkaitan isu dan dasar semasa negara, serta berskala besar dengan tema tertentu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah


Wacana untuk siri IMC yang pertama ini memfokuskan berkenaan usaha dan upaya pembinaan dan pembangunan ekonomi yang mampan di negara kita demi kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Rafizi turut menyentuh mengenai keperluan kerajaan untuk mengukuhkan ekosistem semikonduktor negara.



“Untuk industri reka cipta cip mempunyai skala besar, selalunya negara lain mereka sudah mempunyai barangan keluaran mereka yang terkenal di pasaran global sebagai contoh jenama Samsung dan Apple.

“Kita ada cabaran kerana negara belum ada satu barang jenama dari Malaysia menjadi produk elektronik yang digunakan oleh isi rumah tempatan.

“Oleh itu, untuk peringkat awal bagi memudahkan firma yang berkecimpung dalam reka cipta semikonduktor ini, paling kurang mempunyai lonjakan awal. Jika tidak mereka ini perlu bersaing 100 peratus dengan pemain industri global di seluruh dunia.

“Untuk itu kita perlukan dasar membolehkan sebahagian daripada kelengkapan negara ini menggunakan cip tempatan.



“Jadi perkara ini harus dipertimbangkan di mana kita perlu membina industri semikondutor yang bersandarkan reka cip yang lebih baik kerana ia satu ekosistem, jadi kerajaan perlu melihat untuk memperkukuhkannya,” katanya.

Perlu ada perubahan mampan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada cara lain untuk bebaskan Najib – Zahid



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button