Suku pertama sedikit merosot

Suku pertama sedikit merosot

Suku pertama sedikit merosot
GAMBAR HIASAN

PERMINTAAN dan bekalan hartanah kediaman dilihat merosot sedikit pada suku pertama 2024 dengan Indeks Permintaan Jualan susut 1.1 peratus dari suku ke suku dan penurunan 4.4 peratus dalam Indeks Bekalan Jualan.

Menurut laporan terkini PropertyGuru Malaysia, kemerosotan permintaan dan bekalan hartanah kediaman pada suku dikaji itu berikutan faktor bermusim seperti perayaan Tahun Baharu Cina, yang mana penurunan sama dapat dilihat pada suku pertama 2023 (-5.5 peratus) dan suku pertama 2022 (-2.3 peratus).

Laporan Pasaran Hartanah (MPMR) PropertyGuru Malaysia bagi suku pertama 2024 itu menunjukkan pasaran kediaman stabil di tengah-tengah penunjuk utama yang menyederhana seperti permintaan, bilangan penyenaraian dan permintaan harga.



Dari segi harga perumahan, Indeks Harga Jualan mencatatkan peningkatan suku ke suku yang menggalakkan sebanyak 1.4 peratus.

Pengurus Negara Malaysia, PropertyGuru dan iProperty, Kenneth Soh berkata, laporan dikeluarkan pihaknya itu menunjukkan penurunan dalam permintaan berikutan trend musim perayaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi




Walau bagaimanapun, beliau berkata, pembangunan infrastruktur memberi pengaruh positif kepada dinamik pasaran hartanah dalam subpasaran tertentu.

“Contohnya, hartanah kediaman di Johor mencatatkan peningkatan dua peratus dalam Indeks Permintaan Jualan. Peningkatan pertanyaan hartanah adalah berikutan projek RTS Link akan datang, yang berfungsi sebagai pemangkin dalam meningkatkan permintaan hartanah di kawasan sekitarnya.

“Di masa hadapan, pembangunan seperti ini akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk permintaan hartanah dengan mempengaruhi peluang pembangunan dan pekerjaan di kawasan sekeliling.



“Justeru, ia penting untuk mempertimbangkan pengaruh-pengaruh ini ketika menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun terdapat penurunan bermusim dalam permintaan dan bekalan perumahan, PropertyGuru Malaysia berkata, pasaran hartanah dijangka untuk mengekalkan kestabilannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak




Ia berkata, MPMR menunjukkan penurunan suku ke suku sebanyak 1.1 peratus dalam Indeks Permintaan Jualan Suku Pertama 2024 dan penurunan 4.4 peratus dalam Indeks Bekalan Jualan, mencerminkan pelarasan bermusim dan bukan kerana isu ekonomi.

Katanya, dalam situasi ketidakpastian yang berterusan seperti peningkatan ketegangan geopolitik dan kemerosotan ekonomi, pencari hartanah telah menyesuaikan jangkaan perumahan mereka dengan sewajarnya.

“Hal ini menunjukkan bahawa pasaran berada pada kedudukan yang stabil, mengekalkan kebolehannya untuk beroperasi dengan berkesan dan menyumbang kepada pasaran hartanah yang lebih sihat, jika tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Suku pertama sedikit merosot


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button