Anwar jumpa Petronas bincang kerjasama Saudi Aramco

Oleh – Syeikh Baran


Anwar jumpa Petronas bincang kerjasama Saudi Aramco
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) minggu ini bagi memperincikan kerjasama syarikat itu dengan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor.

Menurutnya, Saudi Aramco sebelum ini sudah menyatakan komitmen untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang.



“Saya akan bincangkan dengan Petronas dalam masa satu atau dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok. Dua sudah selesai, satu ada masalah sedikit yang harus kita putuskan di peringkat kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Disember tahun lalu, Saudi Aramco, dilaporkan mahu memperluaskan aktiviti hiliran di Malaysia sekali gus menjadikan PIC di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button