AstraZeneca tarik semula vaksin Covid-19 di seluruh dunia

AstraZeneca tarik semula vaksin Covid-19 di seluruh dunia

AstraZeneca tarik semula vaksin Covid-19 di seluruh dunia
Suntikan vaksin diberikan kepada masyarakat ketika pandemik Covid-19.

SYARIKAT farmaseutikal gergasi, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, berkuat kuasa pada Selasa.

Pengumuman tersebut dibuat susulan syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Namun, syarikat gergasi farmasi itu berkata bahawa vaksin berkenaan dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.



Permohonan untuk menarik semula vaksin itu dibuat pada 5 Mac lalu dan berkuat kuasa pada Selasa (7 Mei).

Selain itu, permohonan sama akan dikemukakan di United Kingdon (UK) dan negara lain yang sebelum ini telah meluluskan vaksin, yang dikenali sebagai Vaxzevria.

Berkenaan isu keputusan dibuat ‘semata-mata kebetulan’, farmasi gergasi itu menegaskan bahawa penarikan vaksin tidak dikaitkan dengan pengakuannya bahawa ia boleh menyebabkan Sindrom Thrombosis Thrombocytopenia (TTS). –Reuters

AstraZeneca tarik semula vaksin Covid-19 di seluruh dunia

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button