Dasar Gaji Progresif galakkan kenaikan upah secara sukarela
Dasar Gaji Progresif galakkan kenaikan upah secara sukarela
Petaling Jaya: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif penting dalam usaha menggalakkan syarikat-syarikat untuk bertindak menaikkan gaji secara sukarela, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi Datuk Dr Zunika Mohamed.
Bercakap pada Forum Ekonomi Kebangsaan 2024 di sini hari ini, beliau turut berkongsi komitmen kementerian untuk terus berusaha mengurangkan jurang dalam pasaran tenaga kerja tempatan yang dapat dapat meminimumkan kesan pemampatan gaji terbabit.
Malah, katanya, usaha menjadikan pasaran tenaga kerja lebih menarik atau menguntungkan juga antara perkara struktur yang mencabar dalam ekonomi Malaysia, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Atas alasan itu, inisiatif seperti ‘Academy in Industry and Reverse Linkages’ adalah penting dalam melonjakkan tenaga kerja kita serta memastikan wujud keperluan mencukupi bagi menampung permintaan PKS,” katanya dalam ucaptama pada forum itu di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Zunika juga menyifatkan ketepuan gaji di Malaysia telah mewujudkan kesan pemampatan gaji, terutama bagi mereka yang baru memasuki pasaran tenaga kerja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah
- Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?
- Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
“Pada masa sama, apabila merangka hala tuju ekonomi negara bagi masa depan, kita juga perlu mengambil kira pendorong pertumbuhan baharu yang berlaku pada masa sekarang,” katanya.
Beliau juga optimis tumpuan terhadap perancangan teliti Pelan Tindakan KL20 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR), mampu mengurangkan jurang dalam pasaran tenaga kerja.
Ini berikutan potensi KL20 memberi akses kepada kalangan pengusaha syarikat pemula niaga bagi modal, bimbingan mentor daripada firma modal teroka serta tenaga golongan belia yang celik digital.
Pada masa sama, Zunika turut menekankan kepentingan kalangan penggiat industri dan pasaran untuk menyokong NETR yang berperanan dalam menarik pelaburan penting untuk usaha transformasi hijau.
“Seiring usaha kita melonjakkan aspek peralihan tenaga, juara bagi transformasi hijau itu akan turut membuka peluang pelaburan sehingga mencecah RM1.85 trilion.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Rayuan: Pertuduhan Muhyiddin Jelas Dan Di Kekalkan
- Mahathir elok tumpu kes mahkamah dan umum harta
- Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi
Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
“Keadaan ini akan memberi kesan pengganda kepada ekonomi selain berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan baharu,” katanya.
Selain pembangunan tenaga kerja, beliau turut menekankan usaha lain seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) dan rasionalisasi subsidi.
Langkah pengumpulan data PADU, katanya, akan memudahcara penggubalan dasar berasaskan data serta dapat meminimumkan kesilapan dalam subsidi bersasar.
Zunika turut mengakui cabaran susulan penduduk yang menua, penghijrahan kalangan profesional dan cendekiawan serta kekangan fiskal selain menekankan keperluan pembaharuan yang tegas dan perkongsian rentas sektor untuk memacu ekonomi ke arah hala tuju yang tepat.
“Ini berkait rapat dengan dinamik dan ketangkasan sektor swasta untuk memberi panduan mengenai apa yang diperlukan, langkah terbabit serta perkara yang harus diambil.
“Kita sememangnya amat terbuka untuk memulakan dialog dan berminat menyepadukan proses serta mekanisme yang diperlukan dalam memastikan pembaharuan struktur ini dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.
Dasar Gaji Progresif galakkan kenaikan upah secara sukarela
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Halalun Toyiban Versi PAS
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan