Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah

Tak rebut tapi jangan pisahkan

Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah

Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah
Aliff mahu menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan baik.

PENYANYI Aliff Aziz mengambil keputusan menyerahkan hak penjagaan dua anaknya kepada isteri Bella Astillah jika mereka bercerai kelak.

Aliff, 33, berkata, dia cuma berharap Bella tidak akan menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan tidak dihalang daripada bertemu dengan mereka.

“Jika pencerian ini berlaku, hak penjagaan anak-anak kepada ibu, saya tidak akan melawan hak keputusan penjagaan.



“Cuma saya berharap dapat hak seperti melawat, bermalam bersama anak-anak sebab tak mahu pertalian di antara kami terputus atau dihalang,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Dalam pada itu, Aliff berjanji akan memberi kerjasama berhubung proses penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang akan disebut semula pada 4 Jun depan.

Kata Aliff, dia mengaku kekhilafan dirinya dan menganggap ia sebagai langkah memperbaiki diri ke arah lebih baik selepas ini.

“Saya pun tak tahu apa yang akan datang, sebagai seorang yang sudah mengakui kekurangan diri, tiada benda lagi perlu dipertahan.

“Segala prosiding yang akan berlaku saya akan menanganinya bila sampai waktunya. Ini adalah perjalanan saya untuk jujur dan memperbaiki diri sendiri,” ujarnya.



 

Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah
Aliff dan Bella dalam proses penceraian buat kali kedua.

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff susulan aktor asal Singapura itu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS




Bagaimanapun pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana masih menyayangi isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang berusia 3 tahun.

Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button