Bakat ada, popular tiada

Bakat ada, popular tiada

Bakat ada, popular tiada
SYUKUR namanya masih kekal relevan dalam industri hiburan.

DARI usia 10 tahun hingga sekarang berusia 24 tahun, ia satu perjalanan panjang sudah dilalui Wani Kayrie untuk terus memastikan dirinya kekal relevan dalam industri hiburan tanah air serta persaingan yang ramai.

Mula bertapak sebagai penyanyi kanak-kanak pada 2010, kini Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah turut mengorak langkah dalam lakonan, termasuk pengacaraan menerusi program Didik TV di ntv7.

Pun begitu, ramai berpendapat Wani memang mempunyai bakat, namun dia ‘kekurangan aura populariti’ untuk melonjakkan namanya lebih dikenali sebagaimana selebriti yang lain.



Wani berkata, populariti adalah perkara kedua baginya sebab apa yang penting dalam karier seni diceburi terutama nyanyian adalah usaha dan terus kekal relevan sampai sekarang.

“Saya tahu, bagi sesiapa yang mengenali dan mengikuti perjalanan karier nyanyian saya pasti sedar bahawa ia sudah bermula sejak saya di bangku sekolah lagi. Cuma, dari segi populariti itu agak kurang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




“Namun, saya berasakan belum tiba waktu yang tepat lagi untuk nama Wani Kayrie betul-betul berada di atas sebab biarlah tidak popular sangat, asalkan yang penting nama saya sentiasa ada dalam industri hiburan.

“Walaupun nama saya tidak naik dan tidak turun, tetapi saya tidak pernah berasa terkilan atau terasa hati sekiranya ada yang bercakap-cakap mengenai saya yang dilihat ‘kekurangan aura populariti’,” katanya.

Wani yang popular dengan lagu Jangan-Jangan pada 2015 berkata, segala berkaitan populariti bagi seorang selebriti itu bergantung pada masa dan rezeki serta tidak perlulah ia terlalu dirancang untuk cuba meraihnya.

“Saya percaya untuk dapatkan populariti ini, kita tidak perlu terlalu ‘plan’ (rancang) dari segi ‘marketing’ (pemasaran) atau sebagainya. Ini kerana kalau kita cuba sangat pun tidak menjadi dan kalau tak mencuba pula, kadang-kadang boleh ‘meletup-letup’.



“Jadi, saya menerima dengan hati terbuka berkenaan dakwaan ‘kurang popular’ ini dan akan bertanya juga pandangan mereka yang mengatakan demikian, apa sepatutnya saya buat untuk lebih dikenali lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS


“Ramai juga rakan selebriti dan komposer yang saya jumpa, mereka kongsikan pandangan apa patut saya lakukan dan sebagainya. Tapi, nasihat yang paling utama mereka selalu cakap ialah popular atau tidak popular, benda itu tidak begitu penting untuk terlalu difikirkan,” katanya.



Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, apa yang harus dilakukannya adalah terus mengeluarkan lagu-lagu serta pastikan diri kekal relevan dalam industri untuk jangka masa panjang serta bergantung rezeki juga.

Pada Januari lalu, Wani mengakui amat bersyukur bakat nyanyiannya dipandang penggemar muzik di luar negara apabila memenuhi undangan persembahan di majlis Anugerah Televisyen Asian Ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam, selama dua malam.

Terdahulu, Wani pernah meluahkan rasa kecewa selepas lagu Kamu Kamu dendangannya yang mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 38, bagaimanapun gagal dipilih untuk layak berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38) lalu.

Rezeki lagu baharu tak putus

Tidak cerewet memberi kerjasama dan sangat menghormati karya lagu dihasilkan komposer serta penulis lirik, Wani mengakui dia menerima banyak ‘demo’ lagu untuk dipilih sebagai single terbaharu yang bakal dirakamkannya.



“Sekarang ini saya dalam proses menunggu masuk ke studio untuk merakamkan beberapa lagu baharu hasil ciptaan komposer berkaliber. Terlalu banyak ‘demo’ lagu yang saya dapat dan perlukan masa untuk memilih.

“Kalau boleh saya tidak mahu menolak satu lagu pun sebab kebanyakan komposer dan penulis lirik itu amat saya kenali serta tahu tahap hasil kerja mereka. Jadi, saya harus teliti dalam membuat pilihan dan keputusan,” katanya.

Menurut Wani, dia memang tidak sabar untuk merakamkan lagu-lagu baharu kerana muzik yang akan diketengahkan nanti lebih segar selepas melancarkan single berjudul Fajar dan lagu raya, Balik Raya, baru-baru ini.

Bagi lakonan pula, Wani berkata, dia baharu selesai penggambaran satu telefilem untuk RTM sebagai watak utama, selain ada menerima banyak tawaran berlakon drama yang memerlukan dia membuat pilihan sesuai.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?


“Saya kena memilih kerana tawaran lakonan yang datang itu memerlukan saya menjalani penggambaran selama tiga bulan dan lebih. Ia sukar untuk saya terima dan harus betul-betul pertimbangkan dulu kerana ingin fokus kepada bidang muzik,” katanya.

Wani berkata, pada masa sama dia juga perlu memberi perhatian pada pendidikannya di universiti dalam jurusan undang-undang, sekali gus dapat merealisasikan impian ibunya, Rukiah Kalapukong yang mahu melihat dirinya bergelar seorang peguam.

Bakat ada, popular tiada

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button