Gelagat Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian! [VIDEO]

“Dapat Telefon Seminggu Sekali, Tapi Dia Tahu Semua Gossip!”

Gelagat Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian! [VIDEO]

Gelagat Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Aaisyah Punya Sembang Gossip, International Tau!”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 34 ribu dan sebanyak 473 komen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?




Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memberitahu bahawa Aaisyah hanya diberikan telefon bimbit hanya seminggu sekali, namun dia dapat mengetahui semua gossip luar negara yang berlegar di media sosial.

“Ni la netizen dalam rumah kami, Seminggu sekali dapat phone pun boleh recap seminggu punya gossip”-Kata Che Ta

@rozitachewan1

Ni la netizen dlm qumah kami🤣🤣🤣🤣🤣 Seminggu sekali dpt fon pun dia buleh recap seminggu punya gosip🤪. #rozitachewan #rcw #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #cheta #aaisyahdhiarana



♬ Dengarlah Bintang Hatiku – 𝚃𝚞𝚔𝚊𝚗𝚐 𝙽𝚐𝚘𝚙𝚒 ☕️

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah semakin lucu bila bersama dengan Che Ta. Tambah mereka lagi, bahawa semakin Aaisyah membesar, semakin kecantikkannya terserlah dan mereka juga menyamakannya dengan pelakon Indonesia iaitu Nia Ramadhani.

Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan taat pada kedua ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.



Gelagat Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button