Talita Nyanyi Lagu Siti Sarah [VIDEO]

Netizen Sebak!-“Rindu Terus Kat Mak Dia…”

Talita Nyanyi Lagu Siti Sarah [VIDEO]

Talita Nyanyi Lagu Siti Sarah [VIDEO]

Gelagat anak perempuan kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra mencetuskan rasa sebak netizen di media sosial selepas dilihat menyanyikan lagu milik ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin iaitu Kesetiaan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh bekas ibu mentua Shuib, iaiitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa MakDer yang memaparkan Talita sedang menjiwai lagu arwah ibunya itu.



“KESETIAAN. Atuk pesan nak jadi penyanyi kena pandai control nafas 😊.”-tulis Makder di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Makder (@suciuwais)



“Suara Dia Dah Seakan-Akan Suara Ibunya…”

Perkongsian Makder itu dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat persembahan Talita, malah ramai yang mendoakan agar anak perempuan Shuib ini mewarisi bakat serta menyanyikan semula lagu-lagu hit arwah ibunya.

“Semoga Talita mewarisi bakat arwah ibu dan nyannyikan semula lagu-lagu hit arwah ibu ya nak ya.”

“Suara dia dah seakan-akan suara ibunya. Atuk tolong asah bakat Talita biar jadi pelapis ibunya. Semua orang rindu suara dan nyanyian ibu Talita. Lepas ni biarlah suara dan nyanyian Talita pengubat rindu peminat pada arwah ibu Talita.”



“Macam mana dia boleh kuat nyanyi lagu ibu dia.”

“Nampak mata Dekta berkaca. Akak pun nak berkaca juga.”

“Allah. Sebaknya dengar suara Dekta. Rindu tu sampai sayang. Semoga arwah ibu Siti Sarah bersama para-para solehah. Syurga tertinggi buat ibumu.”

Talita Nyanyi Lagu Siti Sarah [VIDEO]



Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…

Talita Nyanyi Lagu Siti Sarah [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button