Video tular lelaki tunggang kuda bawa bendera bukan gerakan ekstremis
Video tular lelaki tunggang kuda bawa bendera bukan gerakan ekstremis

BUTTERWORTH: Rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki yang menunggang kuda sambil membawa bendera parti politik berserta tulisan kaligrafi berunsurkan ‘kalimah syahadah’, bukan gerakan ekstremis seperti didakwa.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata polis mengesan video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di beberapa platform media sosial berhubung kejadian berkenaan sebelum menjalankan siasatan.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kubang Semang di daerah Seberang Perai Tengah yang mana video berkenaan dipercayai dirakam pada Sabtu lalu.
“Siasatan polis juga mendapati bendera yang dipegang adalah bendera parti politik dan bendera kalimah syahadah yang tiada kaitan dengan gerakan ekstremis atau pengganas.
Tegasnya, kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tular klip video berkenaan dalam aplikasi Tiktok dan Twitter yang mendakwa sekumpulan lelaki menunggang kuda bersiap sedia untuk berjihad dengan membawa bendera parti politik dan bendera berwarna putih dipercayai kononnya mempunyai unsur Taliban.
Video propaganda berkenaan bagaimanapun dikecam warganet dengan meminta isu perkauman dan agama tidak disentuh bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Video tular lelaki tunggang kuda bawa bendera bukan gerakan ekstremis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan
- Surat ‘Sulit’ BN tersebar, siapa bocorkan?
- Ismail Sabri antara punca BN kalah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :