Penghuni Rumah Bawah Berang Jiran Buang Kondom Celah Pokok
Penghuni kediaman bertingkat seperti kondominium mahupun flat pasti sering kali berhadapan masalah sampah sarap.
Namun begitu, isu kali ini lebih menjijikkan apabila penghuni bawah menjumpai kondom terpakai di pokok yang ditanamnya.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa marah dengan tindakan penghuni rumah atasnya yang membuang kondom merata-rata.
Difahamkan, wanita tersebut lebih berang apabila kondom itu dijumpai pada pokok ajinomoto miliknya yang digunakan sebagai ulam-ulaman.
Selain itu, dimaklumkan bahawa kondom yang dijumpainya itu masih ada bau dan wanita itu mengambil keputusan untuk menyembur pokoknya dengan air untuk menghilangkan kesan dan bau.
Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartment.
Jatuh atas pokok ni, aku boleh la nak buang tanpa guna tangan. Kalau jatuh atas compressor aircond, siapa nak kutip?
Pengalaman sama
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang dialami berkenaan kondom terpakai yang dijumpai merata-rata.
Sumber: Twitter @mimierhmn