Hasil Tangan Najib Yang Dahulunya Di Kecam Tetapi Kini Menjadi Kebanggaan
Hasil Tangan Najib Yang Dahulunya Di Kecam Tetapi Kini Menjadi Kebanggaan
DS Najib adalah antara perdana menteri Malaysia yang sentiasa sarat dengan idea untuk membangunkan negara.
Malah, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kebanyakan idea pembangunan yang diasaskan oleh DS Najib melangkau masa.
Beliau dapat melihat dan menilai apa yang diperlukan negara di masa hadapan.
Namun, banyak dari projek pembangunan yang diasaskan oleh DS Najib terganggu hanya kerana fitnah dan pembohongan musuh politik beliau.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Pada bulan Ogos 2017, DS Najib yang menjadi perdana menteri ketika itu melancarkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Laluan rel kereta api sepanjang 600.3 kilometer itu akan menghubungkan negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan ibukota.
Bukan itu sahaja, ianya boleh menjimatkan masa perjalanan penumpang dan kargo dari pantai timur ke ibukota kepada hanya 5 jam sahaja.
Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/310286/ecrl-lakar-sejarah-negara
Projek yang dijadual akan siap sepenuhnya pada tahun 2024 telah tergendala apabila rakyat termakan hasutan musuh politik DS Najib dalam PRU 14.
Akibatnya DS Najib dan kerajaan BN jatuh dalam PRU 14 dan kerajaan PH 1.0 bawah pimpinan Dr Mahathir membatalkan projek tersebut.
Namun kini, Anwar Ibrahim yang menjadi perdana menteri selepas PRU 15, mengakui projek tersebut memberikan munafaat yang besar kepada negara.
Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk meneruskan projek ECRL.
Baca di sini:
Namun sudah pasti rakyat perlu menunggu lagi untuk menikmatinya dan sudah pasti kos pembinaan akan melonjak naik berbanding kos asal.
Kerjasama Antara Proton Dan Geely
Ketika DS Najib mengumumkan kerjasama antara Proton dan Geely pada tahun 2017, beliau mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak.
Ada yang menuduh DS Najib telah menjual kepentingan negara di dalam Proton kepada syarikat dari kuasa besar dunia, Geely.
Hakikatnya adalah DS Najib bukan sahaja mahu menyelamatkan Proton tetapi juga beliau mahu menyelamatkan 10,000 pekerja Proton yang bakal diberhentikan.
Malah, sekiranya Proton tidak diselamatkan, industri hiliran yang menjadi vendor Proton juga akan gulung tikar.
Baca di sini:
Geely sebagai syarikat otomobil bertaraf dunia diyakini dapat membantu Proton bukan sahaja dari sudut pemasaran, malah dari sudut pemindahan teknologi.
Ternyata keputusan DS Najib itu tepat.
Kini Proton mukla menuai hasil dari kebijaksanaan DS Najib.
Hujung suku pertama 2023, jualan Proton telah mencatat rekod dengan lonjakan jualan hingga 50.9 peratus.
Baca di sini:
Bayangkan, sekiranya tidak ada kerjasama antara Proton dan Geely, mungkin hari ini lambang Proton sudah masuk ke dalam muzium.’
Sekiranya itu terjadi, bagaimana nasib 10,000 pekerja Proton yang diberhentikan dan apa pula nasib vendor Proton yang talian hayatnya bergantung pada kewujudan Proton!!!
Hasil Tangan Najib Yang Dahulunya Di Kecam Tetapi Kini Menjadi Kebanggaan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau
- Perbezaan Cuti Sakit DS Najib Dengan Cuti Sakit Zeti
- UMNO Bukan Hanya Mesti Bersih, Tetapi Mesti Di Pandang Bersih