Dulu DAP Halalun Toyiban, Kini GERAKAN Halalun Toyiban Tapi DAP Haram
Dulu DAP Halalun Toyiban, Kini GERAKAN Halalun Toyiban Tapi DAP Haram
Bukan lagi rahsia, PAS dan PPBM pernah duduk sebumbung dan tidur sebantal dengan DAP.
Waktu itu PAS atau pun PPBM sangat menyanjung tinggi DAP.
Pelbagai kata-kata pujian keluar dari mulut pemimpin PAS atau pun pemimpin PPBM.
DAP sebenarnya tidak rasis, kita selama ini salah faham terhadap DAP, adalah salah untuk umat Islam membenci DAP dan pelbagai lagi.
Kini PAS dan PPBM sudah tidak lagi bersama DAP dan kini mereka tinggal sebumbung dan tidur sebantal dengan parti GERAKAN pula.
Maka DAP yang dahulunya disanjung, kembali dicerca.
Tidak cukup dengan itu, UMNO yang berkerjasama dengan PH di mana DAP berada di dalamnya juga turut dicerca.
Secara tiba-tiba, parti GERAKAN menjadi suci di mata PAS dan PPBM.
Apakah realitinya begitu, biar fakta menjadi hakim.
Isu Tulisan Jawi
Parti GERAKAN sebenarnya yang bpaling lantang bersuara menentang ketika isu tulisan Jawi.
Baca di sini:
https://www.1media.my/2019/12/saman-parti-gerakan-terhadap-kerajaan.html?m=1
Isu Sekolah Vernakular
Ibarat lebih sudu dari kuah.
Ramai yang tidak tahu, parti GERAKAN sebenarnya telah menjadi benteng kepada kepada sekolah vernakular.
Baca di sini:
Parti GERAKAN Sokong ICERD
Mungkin ramai yang tidak tahu, parti GERAKAN sebenarnya adalah antara parti yang menyokong ratifikasi ICERD yang pernah menjadi isu hangat dahulu.
Tetapi mereka berselindung di sebalik bayang-bayang DAP dalam menyatakan sokongan terhadap ratifikasi ICERD.
Baca di sini:
1) https://www.utusan.com.my/nasional/2018/11/pemuda-gerakan-sokong-ratifikasi-icerd/
Parti GERAKAN Tolak Hudud
Waktu menjadi pembangkang, sebelum menjadi kerajaan di era Perikatan Nasional, PAS begitu lantang bersuara mengenai perjuangan RUU 355.
Tetapi selepas menjadi kerajaan, tiba-tiba PAS mengakui sangat sukar untuk melaksanakan hukum hudud.
Maka PAS tiba-tiba menjadi bisu terhadap perjuangan RUU 355.
Apakah parti GERAKAN yang telah ‘membisukan’ mulut pemimpin PAS?
Baca di sini:
Isu Abu Chin Peng
Benar DAP pernah menuntut supaya Chin Peng diberikan pengampunan dan dibenarkan balik ke Malaysia.
Malah ketika timbul abu Chin Peng, DAP juga lantang bersuara supaya kerajaan membenarkan abu Chin Peng dibawa masuk.
Tetapi, apakah hanya DAP keseorangan?
Tidak, sebenarnya parti GERAKAN turut sama mempejuangkannya.
Baca di sini:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/05/20/gerakan-harap-chin-peng-dibenar-kembali-ke-malaysia
Isu Judi
Ramai yang tidak tahu, parti GERAKAN bercita-cita untuk membina kasino judi bertaraf dunia di Pulau Pinang.
Malah Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh, mahu supaya ianya dimasukkan ke dalam manifesto Perikatan Nasional.
Walau pun GERAKAN hanyalah sebuah parti kecil, tapi suara mereka seakan menenggelamkan suara PPBM dan PAS.
Baca di sini:
1) https://www.samudera.my/kasino-pulau-pinang-masukkan-dalam-manifesto-pn-baljit-singh/amp/
2) https://malaysiadateline.com/cadang-bina-kasino-taraf-dunia-di-pulau-pinang-mana-bersatu-dan-pas/
Malah di era Perikatan Nasional dahulu, gara-gara dari bantahan parti GERAKAN, Kerajaan PN terpaksa membatalkan arahan pembatalan lesen baharu arak.
Dan PAS dilihat merestuinya dengan seikhlas hati.
Baca di sini:
Sebenarnya kalau hendak disenaraikan, banyak lagi kenyataan dan sikap parti GERAKAN yang membuktikan merekalah sebenarnya yang lebih cauvanis dari DAP.
Tetapi kerana GERAKAN berada sebumbung dan sekatil dengan PPBM dan PAS, maka GERAKAN dilihat begitu suci.
Benar, DAP dahulu cauvanis, tetapi DAP sekarang dilihat sudah banyak berubah sikap.
Lagi pun UMNO tidak berada sebumbung dan sekatil dengan DAP, hanya menjadi jiran yang menjalinkan kerjasama.
Tidak seperti PPBM dan PAS, bukan sahaja sebumbung, malah pernah tidur sekatil dengan DAP dan kini digantikan dengan GERAKAN.
Sebab itu sekarang ini GERAKAN sudah menjadi halalun toyiban kepada mereka.
Dulu DAP Halalun Toyiban, Kini GERAKAN Halalun Toyiban Tapi DAP Haram
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kenyataan Khairil Nizam Dedahkan Hasrat Sebenar PN
- Mungkinkah KJ Menjadi Trojan Horse UMNO?
- Pesan Tok Mat Hassan: Jangan Dengar Cakap Pencacai Cari Makan