Malaysia atasi Korea Selatan 2-1 pada aksi keempat
Malaysia atasi Korea Selatan 2-1 pada aksi keempat
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya boleh tersenyum lebar selepas menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan di Korea Selatan yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Jingcheon, Incheon.
Walaupun cuma meraih kemenangan tipis namun ia bermakna buat skuad Speedy Tigers, selepas mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama (21 Jun) dan ketiga (25 Jun) manakala tewas pada perlawanan kedua (23 Jun), menentang skuad kebangsaan Korea Selatan itu.
Pemain pertahanan Muhammad Najib Abu Hassan hari ini, beraksi cemerlang memecahkan kebuntuan pada minit ke-28 menerusi jaringan gol padang, untuk memastikan skuad kendalian A. Arul Selvaraj mendahului, sebelum pasukan tuan rumah meledak gol penyamaan melalui jaringan padang pada minit ke-36.
Enggan tewas, Speedy Tigers terus melancarkan serangan bertali-arus kepada pihak lawan, sebelum penyerang negara Shamie Irfan Suhaimi muncul wira untuk mengesahkan kemenangan menerusi jaringan padang pada minit ke-45, sehingga wisel penamat dibunyikan.
Arul Selvaraj dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media, berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan dipersembahkan anak buahnya, namun mengakui masih ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada kejohanan akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
“Empat perlawanan ini, memberi kita sedikit sebanyak informasi tentang pasukan Korea Selatan sebab mereka bermain dengan sepenuhnya dan banyak yang kita boleh ambil dan perbaiki dalam jelajah ini.
“Kita memerlukan lebih banyak gol penalti (untuk perlawanan selepas ini), bagaimanapun jaringan padang yang dilakukan pemain, sangat banyak dan saya berpuas hati,” katanya.
Pada Rabu lepas (21 Jun), skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan itu dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan, sebelum tewas tipis 2-3 kepada lawan sama dua hari kemudian (23 Jun), dan terus dilanda kebuntuan apabila sekali lagi seri 2-2 menentang Korea Selatan pada Ahad (25 Jun).
Siri jelajah persahabatan itu juga akan menjadi salah satu medan persediaan buat pasukan kebangsaan menjelang Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia, yang akan berlangsung dari 3 hingga 12 Ogos di Chennai, India. -BERNAMA
Malaysia atasi Korea Selatan 2-1 pada aksi keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.