“Dengan Zulhari Selesai, Yang Lain Belum. Kita Jumpa Di Mahkamah,” – Shuib
“Dengan Zulhari Selesai, Yang Lain Belum. Kita Jumpa Di Mahkamah,” – Shuib
Selepas mendakwa pelawak dan penyampai radio, Shuib sebagai ahli organisasi rahsia, Freemason serta mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah dengan konspirasi vaksin, individu yang menyebarkan fitnah tampil membuat permohonan maaf hari ini.
Dalam satu pertemuan yang diadakan di Bubblebee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras,
individu yang bernama, Zulhairi Abu Osman, 35 akui postingnya itu sememangnya keterlaluan dan dibuat tanpa usul periksa.
“Asalnya posting itu dibuat apa waktu pagi selepas saya balik kerja. Saya share posting itu daripada individu lain. Kemudin saya copy paste di akaun media sosial saya. Silap besarnya saya tak kredit nama orang tu.
“Posting saya itu sebenarnya hanya perasaan ingin tahu. Sebab kita tak sangka betul ke Shuib ini yang menidurkan Siti Sarah. Saya tak fikir panjang dan harap ada yang menerangkan kepada saya perkara sebenar.
“Masa saya buat posting itu, saya memang tak fikir panjang dan tak meneliti lebih dalam. Bila dah kena macam ni, barulah padan muka,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA
- UMNO gelap atau terang bukan lagi urusan Khairy .
- Mahathir paling tidak layak bicara tentang undang undang
Dalam pada itu, Shuib berharap agar isu ini dapat menjadi pengajaran buat para netizen lain di luar sana.
“Saya maafkan dia sebab bila pertama kali saya hubungi dia dan saya rakam perbualan itu, saya dapat rasa penyesalan dan sifat naif dia.
“Mungkin dia dah tersilap. Saya dapat rasakan Zulhairi ini punyai budi bahasa. Sebab itu saya boleh maafkan dia tapi saya memang nak jumpa dan bertemu dengan wartawan.
“Saya bukan nak memburukkan sesiapa. Kalau saya tak buat macam ini, parkara ini akan terus berlaku. Akan ada netizen yang merasakan perkara ini hal kecil.
“Suka hati maki dan bodohkan artis. Meraka akan rasa tiada masalah nak fitnah artis ni. Kalau lepas ini ada yang cuba nak memfitnah lagi, saya akan cari,” kata Shuib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono
- Fakta VS Auta Isu Menteri MOTAC VS Jabatan Imigresen Malaysia
- Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?
Sementara itu, bekas anggota kumpulan Sepahtu ini juga memaklumkan dia berkemungkinan akan mencari pemilik akaun yang lain yang telah melempar fitnah kepadanya.
“Dengan Zulhari ini selesai tapi dengan yang lain belum. Kita akan jumpa di mahkamah.
“Kalau betul anda handal, kita jumpa di mahkamah. Ada duit atau tidak, mari kita ke muka pengadilan. Saya akan usahakan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, semalam, Shuib memberi tempoh selama 24 jam untuk individu yang memfitnahnya untuk bersemuka dan menjelaskan mengenai perkara sebenar.
Jelas Shuib, dia akan terkesan dengan posting-posting berkenaan kerana dakwaan tersebut agak keterlaluan.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sementara itu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
“Dengan Zulhari Selesai, Yang Lain Belum. Kita Jumpa Di Mahkamah,” – Shuib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN
- Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?
- Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi ‘Poster Boy’ PRN Kedah
- “RM114 juta bukan duit saya tapi duit UMNO” – Najib