Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…
Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, mencabar supaya pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, supaya mendedahkan lokasi menantu beliau, Adlan Berhan.
SPRM sedang memburu Adlan Berhan, 48, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Turut sama diburu oleh SPRM ialah seorang lagi individu bernama Mansoor Saar, 69, untuk tujuan yang sama.
Menurut semakan di Jabatan Imigresen, kedua-dua mereka sudah meninggalkan negara ini pada pertengahan Mei lepas.
Namun begitu, dari semakan SPRM di data maklumat Jabatan Imigresen Malaysia, tiada rekod masuk terhadap kedua-dua individu tersebut.
“Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini”.
“Beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan,” kata Fahmi Fadzil.
Mungkin Fahmi Fadzil lupa, Muhyiddin kan pernah mengaku bahawa beliau adalah anak ulamak dan diasuh supaya tidak menipu.
Mungkin buat sementara waktu beliau sedang berusaha untuk menjejaki menantu beliau dengan cara yang tersendiri.
Contohnya gunakan Waze ker atau Google Maps ker, mana kita tahu… .😜😜😜
Tapi pada pendapat penulis, mungkin Muhyiddin tidak akan mendedahkan lokasi terkini menantu kesayangan beliau.
Mana tahu kalau kalau masa akan datang nanti, Muhyiddin buat keputusan untuk sama-sama bermastautin dengan menantu beliau di lokasi tersebut?
Penulis buat andaian saja, jangan pula ada yang marah atau terasa…🤫🤫🤫
Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…
Di Syorkan Untuk Anda:
- SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara
- Apa Yang UMNO Kelantan Buat Selama 3 Dekad?
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti
- Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim