‘Tak cukup menaip’, pekerja BDR diberhentikan
‘Tak cukup menaip’, pekerja BDR diberhentikan
Canberra: Wanita Australia yang bekerja dengan syarikat insurans dipecat selepas 18 tahun bekerja kerana ‘tidak cukup menaip’ ketika bekerja dari rumah (BDR).
New York Post melaporkan, perunding Insurance Australia Group (IAG) Suzie Cheikho dipecat oleh firmanya yang menggunakan teknologi ketukan kekunci (keystroke) untuk memantau prestasi kerja dari rumah.
Suruhanjaya Kerja Adil (FWC) Australia menolak rayuan Cheiko yang mendakwa berlalu ketidakadilan dengan alasan pemecatan dibuat atas sebab salah laku yang sah.
Menurut Cheikho, dia bertanggungjawab untuk mencipta dokumen insurans, memenuhi garis masa kawal selia dan memantau pematuhan bekerja dari rumah.
Dia dipecat awal tahun ini pada Februari kerana tidak menepati tarikh akhir (deadline) dan mesyuarat, gagal hadir dan tidak dapat dihubungi serta menyelesaikan tugas, yang menyebabkan pengawal selia industri mendenda syarikatnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Paip Kelantan Yang Keruh, Tak Jernih Jernih
- Halim Saad Heret Mahathir Ke Mahkamah
- Saman dari Halim Saad adalah mimpi ngeri buat Mahathir
Bagaimanapun, siasatan FWC mendapati Cheikho dipecat atas sebab salah laku yang sah.
Bekas perunding itu menerima amaran rasmi pada November tahun lalu mengenai pemecatannya dan dimasukkan ke dalam pelan peningkatan prestasi.
Difahamkan, Insurance Australia Group menggunakan teknologi ketukan kekunci (keystroke) untuk menjejaki aktiviti sibernya selama 49 hari antara Oktober dan Disember.
Firma itu mendapati Cheikho mula bekerja lewat untuk 47 hari, selesai kerja lebih awal untuk 29 hari dan tidak bekerja mengikut jadualnya selama 44 hari.
Cheiko juga didapati merekodkan sifar jam bekerja selama empat hari, lapor 7 News.
Bagaimanapun, perunding itu menafikan bahawa dia bekerja kurang daripada waktu yang ditetapkan, mengatakan dia kadangkala menggunakan peranti lain untuk mendaftar masuk.
Cheiko juga memberi alasan dia keliru dan terkejut dengan data itu, dan mempersoalkan ketepatan teknologi itu.
‘Tak cukup menaip’, pekerja BDR diberhentikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :