Lukaku terdesak, tawar diri ke Roma
Lukaku terdesak, tawar diri ke Roma
ROM – Penyerang buangan Chelsea, Romelu Lukaku semakin terdesak mahu meninggalkan Chelsea apabila dilaporkan telah menawarkan dirinya untuk menyertai AS Roma.
Masa depan Lukaku, 30, kini dilihat terus terumbang-ambing dan dia hanya mempunyai tempoh seminggu untuk mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.
Bintang Belgium itu dikatakan tersilap membuat percaturan apabila menolak menyertai Inter Milan secara tetap dengan memilih untuk melakukan rundingan bersama Juventus.
Bagaimanapun, Juventus enggan membayar tuntutan Chelsea bernilai £35 juta (RM204.63 juta) kerana pengurusnya, Mauricio Pochettino tidak berminat dengan urusan pertukaran pemain melibatkan Dusan Vlahovic.
Kini, Lukaku perlu mengharapkan ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho sudi menerimanya memandangkan mereka berdua pernah bekerja bersama ketika di Chelsea dan Manchester United sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO
- Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik
- Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?
Roma sememangnya memerlukan sentuhan penyerang prolifik seperti Lukaku disebabkan kecederaan serius Anterior Cruciate Ligament (ACL) dialami penggempur utamanya, Tammy Abraham.
Walaupun Roma dikatakan semakin hampir untuk mengikat kontrak dengan penyerang Bayer Leverkusen, Sardar Azmoun tetapi kehadiran Lukaku mampu membantu Giallorossi menjuarai gelaran musim ini.
Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana Mourinho juga masih mempunyai dua lagi penyerang sensasi seperti Paulo Dybala dan Andrea Belotti. – AGENSI