Dendam cinta ditolak, pemuda serang hendap keluarga gadis dengan senjata api

Dendam cinta ditolak, pemuda serang hendap keluarga gadis dengan senjata api

Dendam cinta ditolak, pemuda serang hendap keluarga gadis dengan senjata api
Dua laras Bekakok dan dua laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada suspek. – NSTP/Melvin Joni

JULAU: Seorang pemuda ditahan polis selepas mengguna senjata api buatan sendiri bagi melepaskan tembakan terhadap sebuah pikap kerana berang cintanya ditolak seorang ahli keluarga mangsa di sini.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki kira-kira jam 10.45 malam pada 23 Ogos lalu bahawa kereta Toyota Hilux milik anaknya, ditembak di sebelah pemandu ketika dalam balik ke rumah di Sg. Pinang, Jalan Wak Buku Pakan di sini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 5.30 petang 24 Ogos lalu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama-sama pasukan dari IPD Julau menahan suspek berusia lingkungan 20 tahun.



“Motif suspek adalah kerana perasaan dendam selepas cintanya ditolak seorang ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan tangkapan itu, Andam berkata, polis turut merampas dua laras senapang patah Bekakok buatan sendiri, dua laras senapang angin buatan sendiri, sebutir peluru jenama Clever 12 Mirage dan satu kelongsong peluru jenama 12 Mirage daripada suspek.

“Rampasan dibuat dengan dipandu arah oleh suspek, yang kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Julau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini berada dalam tahanan reman selama empat hari mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

Dendam cinta ditolak, pemuda serang hendap keluarga gadis dengan senjata api


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button