Remaja dihanyutkan arus sungai ketika cari kepah

KUANTAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Iman Daniel Azri, 14, yang beralamat di FELDA Keratong 4, Rompin.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang tadi, dan rakan mangsa mendakwa bahawa remaja itu dihanyutkan arus ketika mereka mencari kepah di sungai berkenaan.
Susulan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancar membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
“Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan pada jam 8.30 malam tadi dan akan disambung semula, esok,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. – BERNAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan
- “Kamu boleh pergi berambus” Apandi sergah Mahathir.
- Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :