MPV mengundur rempuh pelanggan di medan selera
MPV mengundur rempuh pelanggan di medan selera

MELAKA: Sekumpulan pelanggan berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan pelbagai guna MPV secaratiba-tiba mengundur dan merempuh Medan Selera Tanjung Kling, di sini, petang semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2.43 petang itu, kesemua mangsa sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
#VideoViral Remaja berusia 16 tahun dilaporkan tertekan gear R (Undur) sehingga merempuh pelanggan di sebuah medan selera di Melaka.
📹Sosial Media pic.twitter.com/ed13jEeoB6
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) August 27, 2023
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang remaja berusia 16 tahun diminta ibunya untuk memanaskan enjin MPV di ruang parkir di hadapan medan selera berkenaan.
“MPV itu kemudian merempuh kerusi dan meja diduduki beberapa pelanggan di dalam medan selera itu, mujur mereka sempat mengelak daripada keadaan menjadi lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO
- Dr Akmal Perlukan Rawatan Terapi Politik
- Adakah UMNO Sudah Melupakan Najib?
Insiden itu tular melalui klip video berdurasi 21 saat yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) gerai medan selera berkenaan yang didapati membabitkan sekurang-kurangnya 11 pelanggan termasuk seorang bayi.

Christopher berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima laporan jumlah sebenar pelanggan terbabit kejadian itu termasuk mereka yang cedera.
“Mungkin ada yang cedera tapi setakat ini polis belum mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit, selain tiada mangsa dikesan menjalani rawatan di hospital.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita turut mengambil rakaman CCTV untuk dianalisa,” katanya.
Beliau berkata, kereta yang dipakir bersebelahan MPV itu mengalami kerosakan pada pintu dan cermin.
MPV mengundur rempuh pelanggan di medan selera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan
- “Kamu boleh pergi berambus” Apandi sergah Mahathir.
- Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :