Penumpang jadi tebusan mahu saman Kerajaan UK, British Airways
Penumpang jadi tebusan mahu saman Kerajaan UK, British Airways
London: Penumpang dan anak kapal British Airways (BA) yang dijadikan tebusan di Kuwait pada 1990 kini bersiap sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan United Kingdom dan syarikat penerbangan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik firma guaman McCue Jury and Partners.
Firma guaman itu berkata ia mewakili mangsa yang ingin memastikan “kebenaran didedahkan sepenuhnya” dan “pampasan dibayar sewajarnya” kerana membenarkan penerbangan itu mendarat.
Penerbangan 149 British Airways mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada awal pagi 2 Ogos 1990, ketika angkatan bersenjata Iraq sedang melakukan serangan.
Lebih 300 penumpang telah ditahan oleh tentera Iraq, menandakan permulaan pahit yang berlarutan hampir lima bulan kerana mereka digunakan oleh Saddam Hussein sebagai “perisai manusia” melawan serangan barat.
Kerajaan UK menegaskan “tanggungjawab” mengenai apa yang telah berlaku “terletak sepenuhnya” pada pihak berkuasa Iraq pada masa itu, manakala BA mendakwa pihaknya “tidak diberi amaran mengenai pencerobohan itu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Punca Hujah Kritikan DNAA Kes Zahid Oleh Musuh Politik Beliau
- Berapa ramai ‘Pemimpin’ dilahirkan zaman KJ?
- Memo IPIC bocor, laporan polis dilakukan rakyat marhein
Dokumen yang dikeluarkan pada November 2021 menunjukkan bahawa Pejabat Luar UK diberi amaran oleh duta Britain di Kuwait bahawa tentera Iraq menyeberangi sempadan sejam sebelum penerbangan itu membuat pendaratan.
Terdapat dakwaan bahawa sekumpulan 10 lelaki pertama turun ketika pesawat mendarat adalah tentera Pasukan Khas, tetapi ia dinafikan oleh kerajaan UK.
Bagaimanapun, McCue Jury and Partners mendakwa ” terdapat bukti” bahawa kerajaan dan BA “tahu pencerobohan telah bermula” apabila mereka membenarkan pesawat itu mendarat kerana ia didakwa digunakan untuk menempatkan pasukan khas ke Kuwait “bagi operasi ketenteraan khas.”
Firma itu merayu supayaq lebih ramai penumpang dan anak kapal penerbangan itu menyertai tuntutan itu, untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi di London dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Ia berkata setiap tebusan “boleh menuntut ganti rugi sekitar purata £170,000 (RM991,631.83).”
Penumpang jadi tebusan mahu saman Kerajaan UK, British Airways
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau
- Koleksi Kegagalan Muhyiddin Bertambah
- Siapa Di Belakang Isham Jalil?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :