Fasha Sandha Mahu Jadi Inspirasi Buat Suami Isteri Terus Berkasih Sayang
Fasha Sandha Mahu Jadi Inspirasi Buat Suami Isteri Terus Berkasih Sayang
Pelakon terkenal, Fasha Sandha akui tidak mengambil masa yang panjang untuk bersetuju dengan strategi pemasaran yang telah telah diatur oleh pihak Inayah Beauty Trading meskipun mengakibat dirinya dikecam hebat netizen.
Menurut Fasha, dia merasakan tindakannya itu tidak keterlaluan dan segalanya bergantung kepada penerimaan individu.
“Saya rasa tiada sekatan untuk saya berbuat sedemikian. Namun, untuk pihak yang berfikiran sensitif dan tak boleh menerima, saya tak boleh nak buat apa-apa. Itu penerimaan masing-masing,” katanya kepada MH.
Fasha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman duta bagi produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.
“Saya hanya mahu memberi contoh dan inspirasi kepada mereka yang sudah berkahwin untuk terus berkasih sayang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
“Alhamdulillah, saya dan Aidil sudah enam tahun berkahwin tapi kami masih lagi punyai perasaan rindu dan tak sabar nak balik rumah. Walaupun saya wanita bekerjaya, saya tak pernah lupakan perut dia.
“Hari-hari saya akan pastikan dia makan dan dijaga sebaiknya. Saya tak sempurna tapi saya akan terus berusaha untuk menjadi isteri terbaik,” katanya lagi.
“Kalau ada yang tak bersenang hati dengan posting tersebut, saya okay sahaja. Saya dan Aidil akan terus buat apa yang kami buat seperti menari atau bermesra bersama.
“Saya bukan nak menunjuk kebahagiaan tapi inilah momen yang kita akan tengok balik bila sudah tua dan buat anak-anak. Dan Saya nak beri contoh kepada mereka untuk mereka juga terus berkasih sayang,” katanya lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
4 negeri PAS buat persiapan sambut “Imam Mahathir”
Bagaimanapun, Fasha tidak menyalahkan netizen meski dirinya teruk dikecam.
“Namun, saya akui lokasinya tidak bersesuaian. Kalau saya buat di taman bunga, mungkin orang akan terima.
“Saya tak boleh kawal apa yang orang fikir. Pada saya, netizen tak salah. Mereka berhak memberika pandangan masing-masing,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pelakon filem Anak Mami Kembali ini turut memaklumkan pengikut di Instagram turut meningkat sebanyak 25,000 disebabkan kontroversi tersebut.
Terdahulu, Fasha dan suaminya, Aidil Aziz dikecam teruk netizen gara-gara memunat naik video ghairah berendam dalam jakuzi.
Fasha Sandha Mahu Jadi Inspirasi Buat Suami Isteri Terus Berkasih Sayang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal