LTDL 2023: Tiga pelumba Giant Cyling cedera van terbalik

LTDL 2023: Tiga pelumba Giant Cyling cedera van terbalik

LTDL 2023: Tiga pelumba Giant Cyling cedera van terbalik
PARA pelumba melepas sebuah van yang dinaiki tiga pelumba pasukan Giant Cycling Team terbalik selepas kemalangan di zon neutral laluan perlumbaan di Jeli, Kelantan. – AMIR KHALID

KOTA BHARU – Tiga pelumba pasukan dari China, Giant Cycling Team berdepan insiden cemas selepas terlibat dalam kemalangan selepas van yang dinaiki mereka menuju ke Baling, Kedah terbalik pagi tadi.

Tiga pelumba berkenaan Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei pada mulanya dibatalkan penyertaan selepas gagal tiba tepat di tempat pelepasan Peringkat 3 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 10 pagi tadi.

Disebabkan itu, tiga pelumba berkenaan menaiki van dan meneruskan perjalanan ke garisan penamat di Jalan Syed Sheh di Baling, Kedah.
Bagaimanapun, van pasukan tersebut terbalik selepas terbabas dilaluan zon neutral di Jeli, Kelantan.



Ketua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal mengesahkan kemalangan itu dan mengesahkan ketiga-tiga pelumba dari China itu hanya mengalami kecederaan ringan.

“Saya sahkan kemalangan tersebut berlaku terhadap pasukan Giant Cycling Team dan insiden tersebut berlaku zon neutral laluan perlumbaan di Jeli.

“Ketiga-ketiga pelumba berkenaan mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Pasukan Giant Cycling Team hanya menghantar empat pelumba mereka ke LTdL 2023 musim. -KOSMO! ONLINE



 

LTDL 2023: Tiga pelumba Giant Cyling cedera van terbalik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button