Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

Ada pemimpin politik memperlekehkan usaha pembangunan oleh kerajaan seperti membina kemudahan jalan.

Katanya babi juga pandai buat jalan.

Pemimpin sebegini sebenarnya memahami Islam dengan cara yang sempit dan dangkal.



Mereka melihat pembangunan melibatkan kemudahan rakyat perkara kecil sahaja maka tidak digerakkan dengan bersungguh-sungguh.

Barangkali mereka melihat Islam hanya pada menegakkan hukum semata-mata seperti hukum ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah lalu memperkecilkan usaha kebajikan untuk orang ramai.

Mereka lupa bahawa Islam agama kebajikan dan pembangunan bagi rakyat.

Menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti jalan adalah sebahagian amanah besar dan tanggungjawab orang yang berkuasa.



Dengan sebab jalan disediakan, rakyat dapat melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan bermula daripada ibadah, muamalat dam bersosial.

Tidakkah besar pahala diperolehi oleh pemerintah yang melaksanakan tanggungjawab ini.

Ia memberikan pahala yang panjang di akhirat.

Pembangunan Infrastruktur Adalah Tanggungjawab Kerajaan

Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:



سبعٌ يجري للعبدِ أجرُهنَّ وهو في قبرِه بعد موتِه : من علَّم علمًا ، أو كرى نهرًا ، أو حفر بئرًا ، أو غرس نخلًا ، أو بنى مسجدًا ، أو ورَّثَ مصحفًا ، أو ترك ولدًا يستغفرُ له بعد موتِه

“Tujuh perkara berterusan bagi hamba itu pahalanya sedang dia berada dalam kuburnya selepas kematian”.

“Sesiapa yang mengajar ilmu atau membuat terusan sungai atau menggali telaga atau menanam pokok”.

“Atau membina masjid atau mewariskan mushaf al-Quran atau meninggalkan anak yang memohon keampunan baginya selepas matinya”.



Hadis Sahih diriwayatkan dalam Targhib dan Tarhib

Hadis ini menggambarkan pahala jariah yang berpanjangan kepada manusia yang menyediakan kemudahan bagi orang ramai seperti menggali terusan sungai dan menggali telaga.

Demikianlah dikiaskan segala kemudahan lain termasuk jalan.

Malah Allah SWT menyebut dengan jelas dalam al-Quran antara nikmat pembangunan dalam Islam ialah bandar-bandar yang bersambungan dengan jalan.



Yang boleh memendekkan perjalanan sehingga manusia boleh berjalan dengan aman, selamat, tenteram dan selesa.

Allah SWT berfirman dalam surah Saba ayat 18 menceritakan pembangunan antara negara Saba dan Syam:

وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ ۖ سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِينَ

“Dan Kami jadikan antara mereka (orang Saba) dan kampung-kampung yang Kami berkati”.



“Terdapat bandar-bandar yang bersambungan”.

“Dan Kami singkatkan padanya perjalanan”.

“Berjalanlah kamu padanya malam dan siang dalam keadaan aman”.

As Saba : 18

Negara dalam Islam ditubuhkan untuk menyusun atur kehidupan manusia agar mereka memperolehi nikmat kehidupan yang baik.

Itulah maksud pemerintahan dalam Islam iaitu mentadbir bumi dengan agama.

Antaranya agama mengajar kewajipan menyediakan kemudahan bagi rakyat dan menjanjikan pahala besar dan panjang kepada usaha kebajikan kepada rakyat.

Kredit: Dr Khairuddin Takiri

 

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button