Piala Cabaran: TRW tidak mampu bersaing

Piala Cabaran: TRW tidak mampu bersaing

Piala Cabaran: TRW tidak mampu bersaing
LEONARDO Rolon (kanan) jadi pemain import tunggal yang masih perkuatkan Kelantan FC pada aksi dengan Kelantan United, semalam. – MFL

KOTA BHARU: The Red Warriors (TRW) tidak mempunyai skuad yang bagus untuk bersaing secara kompetitif di Liga Super atau kejohanan berprestij lain seperti Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.

Seakan tiada apa boleh disembunyikan lagi, bolos 40 kali dalam lima aksi terakhir beri gambaran realiti sebenar dan rekod itu pastinya aib besar buat kelab seperti TRW yang pernah memiliki sejarah baik dalam arena bola sepak tempatan.

Ketua Jurulatihnya, Alfredo Vera juga sedar situasi sekarang namun akan terus melunaskan tanggungjawabnya sehabis baik dan semua pihak harus berlapang dada dengan kekalahan 4-0 kepada Kelantan United dalam saingan suku akhir Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.



“Kita menyedari bahawa sangat susah bagi TRW mengimbangi pasukan lain pada musim ini kerana barisan pemain sedia ada belum matang dan belum berani malah kurang komunikasi.

“Namun kita perlu meneruskan perjalanan ini dengan semua tenaga yang ada. Tidak boleh terlalu banyak alasan atau sebagainya kerana kita sebenarnya sudah tidak mempunyai banyak pilihan,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Kelantan United mara ke separuh akhir dengan kemenangan 11-0 secara agregat.

Mengulas lanjut, Vera menjelaskan situasi bertambah teruk apabila Kelantan tidak memiliki penyerang untuk melunaskan tugas merobek gawang lawan.



“Masalah sebenar adalah kita tidak ada penyerang. Kita mendapat beberapa peluang namun kami tidak ada penyerang malah dua gol awal Kelantan United juga berpunca daripada kesilapan kami sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Piala Cabaran: TRW tidak mampu bersaing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading