Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Biarpun Sudah Tiada Ikatan Suami-Isteri

Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof
Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof

Biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan, pelakon Puteri Sarah Liyana masih mengekalkan hubungan baik dan mengambil berat keadaan bekas suaminya yang juga pengarah sensasi Syamsul Yusof.

Menerusi satu klip video yang tular di TikTok ketika pelakon itu membuat siaran langsung, Puteri Sarah memberitahu Syamsul sering menjamu selera di rumahnya.

Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof



 

“Kadang-kadang bila dia datang tengok anak,  kemudian dia makan dulu di rumah saya sampai tambah dua kali.

“Selalunya kalau dia nak datang rumah, saya akan tanya dulu dia sudah makan atau belum? Dia akan jawab sudah.

“Tapi bila sampai saja di rumah saya dia akan tanya ada masak apa-apa tak untuk dimakan. Saya pun terus rasa kesian,” katanya.



Pendedahan mengejutkan itu juga meraih perhatian ramai sehingga ditonton lebih 3.2 juta dan mendapat lebih 5,000 komen.

Rata-rata netizen mendakwa Syamsul masih merindui air tangan bekas isterinya itu selain terhibur dengan usikan manja Puteri Sarah.

“Sebenarnya dia rindukan Puteri Sarah,” tulis seorang netizen.

“Sebenarnya jauh dalam hati sama-sama masih sayang. Luaran je menafikan,” kata seorang lagi pengikut.



“Dia dah kembali rindu masakan bekas isteri dia tu. Terbaik sarah, terima tetamu dengan ikhlas siap sediakan makan lagi,” kongsi seorang lagi pengikut.

Kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Terdahulu Syamsul mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi di Thailand pada 5 Januari lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.



Puteri Sarah Tetap Mahu Kekalkan Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button