Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?

Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?

Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?
Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?

Beberapa foto pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat memandu lori telah mencetuskan tanda tanya dikalangan peminatnya. Apa kes?

Rupanya, gambar tersebut merupakan sedutan drama 20 episod arahan Adam Hamid FDAM yang berjudul ‘Ratu Lori’.

Drama bersiri terbaharu ini bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama rantaian kekeluargaan yang dibarisi pelakon popular ini disiarkan mulai bulan Oktober ini menerusi saluran Okey.



Dengan dibarisi pelakon utama Puteri Sarah Liyana, Hafreez Adam, Aishah Azman, Syaffiq Sahli, Hilal Azman, Aida Khalida dan Mas Anizan, saksikan drama 20 episod
arahan Adam Hamid FDAM.

“Ratu Lori” disiarkan mulai 16 Oktober ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam, ia mengisahkan watak Shima, berusia 24 tahun, yang merupakan gadis lepasan kolej dalam bidang akauntan yang cantik jelita. Shima mempunyai abang dikenali sebagai Yusof yang menjalankan perniagaan lori.

Pada suatu hari, Yusof mengalami kemalangan dan patah kaki. Situasi itu menyebabkan Shima terpaksa membantu abangnya membawa lori kerana terdapat jadual kerja yang sudah disiapkan. Ingin menyaksikan mampukah Puteri Sarah Liyana dan Aishah Azman menjadi pemandu lori?

Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?



 

“Perhentian”

Sementara itu yang menarik tentang drama lain bertajuk “Perhentian” mulai 10 Oktober ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 2.30 petang ialah lakonan tunjang utamanya Azrel
Ismail melakonkan watak Hassan, Shahrudin Tamby (Pak Dollah), Nur Risteena (Sofia) dan Aidil Aziz (Hanif).

Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?

 



Drama 13 episod arahan Harris Fadzillah ini membawa penonton mengikuti perjalanan kisah tiga watak berbeza latar belakang dan gaya hidup. Ikuti cerita Pak Dollah, Hassan, dan Sofia menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu pada waktu malam.

Malangnya pada pertengahan jalan, bas yang mereka naiki telah mengalami kerosakan. Di situ mereka menceritakan kisah hidup dan masalah yang mereka hadapi. Lalu apakah
kesudahan drama 13 episod terbitan Saujana Media Sdn Bhd ini? Usah ketinggalan menyaksikan drama ini di saluran Okey.

Gambar Puteri Sarah Memandu Lori Cetus Tanda Tanya. Apa Kes?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading